19 May 2012

MALAM TRADISI SASTERA RAKYAT KE - 27

PEMENTASAN TEATER BANGSAWAN HIKAYAT SELANGOR


Assalamualaikum dan selamat sejahtera semua.


Dijemput datang ke Pementasan Teater Bangsawan "Hikayat Selangor" pada hari ini 20 Mei 2012 (8.oo malam) di Panggung Percubaan, Pusat Kesenian dan Kebudayaan Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, Universiti Putra Malaysia.Kehadiran anda bakal memeriahkan lagi tirai pementasan kami pada malam ini.





Mari datang beramai-ramai!




MALAM KONSERT PUISI 2012

MALAM KONSERT PUISI 2012

Pada 14 Mei yang lalu, pelajar Bacelor Pendidikan Pengajaran Bahasa Malaysia Sebagai Bahasa Malaysia (PBMP) semester dua 2011/2012 dengan usaha sama Persatuan Penulis Nasional Malaysia  (PENA) telah mengadakan ‘Malam Konsert Puisi’ yang bertempat di rumah PENA,Kuala Lumpur. Malam Konsert Puisi ini adalah sebahagian dari kerja kursus bagi subjek LHE 3151, Pengajaran Puisi Melayu di bawah tunjuk ajar Tuan Haji Shamsudin Othman.
         
Antara persembahan yang dijayakan oleh pelajar adalah deklamasi sajak, dikir, ‘choral poetry’, puisidra, seloka, dekon, syair dan dondang sayang. Berikut merupakan gambar-gambar malam konsert puisi 2012:









Malam Konsert Puisi ini dimeriahkan  dengan tetamu jemputan yang terdiri daripada pelajar Management & Science University, pelajar Sekolah Menengah Sultan Alam Shah, Encik Sani Sudin dari kumpulan Kopratasa, Encik Amiruddin Ali dan lain-lain lagi. Kami juga berasa berbesar hati dengan kehadiran ayahanda Prof.Madya.Dr.Abdul Rasid Jamian.


27 April 2012

MALAM GENTA PUISI SEKOLAH SULTAN ALAM SHAH, PUTRAJAYA


Malam Genta Puisi di Sekolah Menengah Sultan Alam Shah, Putrajaya.


Sempena Minggu Bahasa Melayu Sekolah Menegah Sultan Alam Shah telah mengadakan Malam Genta Puisi pada 26 Mac 2012 (Isnin). Malam Genta Puisi ini turut mendapat kerjasama daripada pihak Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP). Salah seorang pelajar PBMP iaitu Siti Nurulain binti Taham telah diundang untuk menjayakan persembahan sempena Malam Genta Puisi sekolah tersebut. 

Berikut antara koleksi gambar sepanjang Malam Genta Puisi berlangsung :



















Bengkel Deklamasi Puisi sempena Minggu Bahasa Melayu Sekolah Menengah Sultan Alam Shah, Putrajaya.


Bengkel Deklamasi Puisi sempena Minggu Bahasa Melayu
Sekolah Menengah Sultan Alam Shah, Putrajaya.



Pada 22 Mac 2012 (Khamis) yang lalu, pihak Sekolah Menengah Sultan Alam Shah, Putrajaya telah mengadakan Bengkel Deklamasi Puisi sempena Minggu Bahasa Melayu 2012. Oleh hal yang demikian, pihak sekolah tersebut telah menjemput salah seorang ahli Kelab PBMP iaitu Siti Nurulain binti Taham yang merupakan pelajar semester 4 PBMP untuk mengendalikan Bengkel Deklamasi Puisi tersebut. 

Tujuan Bengkel Deklamasi Puisi ini adalah untuk memberi penerangan mengenai seni deklamasi puisi kepada murid-murid sekolah tersebut. Selain itu, bengkel ini juga dapat memperkukuh pemahaman dan penguasaan murid terhadap seni deklamasi puisi. Antara pengisisn bengkel ini ialah pengenalan terhadap seni deklamasi puisi, konsep deklamasi puisi, persediaan untuk deklamasi puisi, aspek-aspek yang dihakimi, teknik deklamasi puisi, tatacara deklamasi puisi serta kesilapan dan kelemahan yang perlu dielakkan semasa deklamasi puisi. Murid sekolah tersebut juga berpeluang untuk deklamasi puisi semasa bengkel tersebut dilaksanakan. Secara tidak langsung, bakat murid dapat diketengahkan serta sifat berani tampil ke hadapan dapat diterapkan dalam diri murid-murid yang terlibat. 

Berikut antara koleksi gambar sepanjang Bengkel Deklamasi Puisi dijalankan :