ANJURAN PELAJAR BACELOR PENDIDIKAN PBMP SEMESTER 6DENGAN KERJASAMA FAKULTI PENGAJIAN PENDIDIKAN DAN BAHAGIAN HAL EHWAL PELAJAR, UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA.
PBMP mula ditawarkan oleh UPM mulai sesi pengajian 1981/1982 dengan mengambil pelajar pertama dalam kalangan guru-guru Bahasa Melayu lepasan maktab.
Matlamat utama program PBMP ini adalah untuk menghasilkan guru-guru Bahasa Melayu yang terlatih dalam pengajaran Bahasa Malaysia Sebagai Bahasa Pertama serta meningkatkan kualiti Bahasa Malaysia dalam bidang pendidikan di Malaysia.