27 April 2012

MALAM GENTA PUISI SEKOLAH SULTAN ALAM SHAH, PUTRAJAYA


Malam Genta Puisi di Sekolah Menengah Sultan Alam Shah, Putrajaya.


Sempena Minggu Bahasa Melayu Sekolah Menegah Sultan Alam Shah telah mengadakan Malam Genta Puisi pada 26 Mac 2012 (Isnin). Malam Genta Puisi ini turut mendapat kerjasama daripada pihak Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP). Salah seorang pelajar PBMP iaitu Siti Nurulain binti Taham telah diundang untuk menjayakan persembahan sempena Malam Genta Puisi sekolah tersebut. 

Berikut antara koleksi gambar sepanjang Malam Genta Puisi berlangsung :



















Bengkel Deklamasi Puisi sempena Minggu Bahasa Melayu Sekolah Menengah Sultan Alam Shah, Putrajaya.


Bengkel Deklamasi Puisi sempena Minggu Bahasa Melayu
Sekolah Menengah Sultan Alam Shah, Putrajaya.



Pada 22 Mac 2012 (Khamis) yang lalu, pihak Sekolah Menengah Sultan Alam Shah, Putrajaya telah mengadakan Bengkel Deklamasi Puisi sempena Minggu Bahasa Melayu 2012. Oleh hal yang demikian, pihak sekolah tersebut telah menjemput salah seorang ahli Kelab PBMP iaitu Siti Nurulain binti Taham yang merupakan pelajar semester 4 PBMP untuk mengendalikan Bengkel Deklamasi Puisi tersebut. 

Tujuan Bengkel Deklamasi Puisi ini adalah untuk memberi penerangan mengenai seni deklamasi puisi kepada murid-murid sekolah tersebut. Selain itu, bengkel ini juga dapat memperkukuh pemahaman dan penguasaan murid terhadap seni deklamasi puisi. Antara pengisisn bengkel ini ialah pengenalan terhadap seni deklamasi puisi, konsep deklamasi puisi, persediaan untuk deklamasi puisi, aspek-aspek yang dihakimi, teknik deklamasi puisi, tatacara deklamasi puisi serta kesilapan dan kelemahan yang perlu dielakkan semasa deklamasi puisi. Murid sekolah tersebut juga berpeluang untuk deklamasi puisi semasa bengkel tersebut dilaksanakan. Secara tidak langsung, bakat murid dapat diketengahkan serta sifat berani tampil ke hadapan dapat diterapkan dalam diri murid-murid yang terlibat. 

Berikut antara koleksi gambar sepanjang Bengkel Deklamasi Puisi dijalankan :













SENARAI AKTIVITI KELAB PBMP SEPANJANG SESI 2012/2013

Lawatan ke Medan, Indonesia.
Malam Tradisi Sastera Rakyat (MTSR) : Pementasan Teater Bangsawan Hikayat Selangor.
Malam Apresiasi Puisi di Rumah Pena.
Tunas Kecemerlangan bersama Komuniti.
Bengkel Tatabahasa.
Sudut PBMP.
Kem Kepimpinan dan Bakti Siswa.
Aktiviti Keusahawanan Menjana Minda Pemimpin Negara.
Program Anak Angkat.
Apresiasi Alam.
Malam Anugerah Pelajar Tahun Akhir.
Hari Keluarga PBMP. 

26 April 2012

Carta organisasi KELAB PBMP 2012/2013


Assalamualaikum W.B.T dan salam sejahtera semua.
Mesti ada yang tertanya-tanya, kenapalah agaknya BLOG ini dah lama diam menyepi... al-maklumlah semua sibuk dan ini carta organisasi kami yang terbaru dan kami akan mengemaskini isu-isu semasa berkenaan KELAB PBMP dari masa ke semasa.

CARTA ORGANISASI KELAB PBMP SESI 2012/2013 

PRESIDEN :
ZALIKHO BT MD YUSUF

TIMBALAN PRESIDEN :
MOHD FIRDAUS BIN ABDULLAH

TIMBALAN PRESIDEN II :
AHMAD FATAN BIN MOHD SALLEH

SETIAUSAHA:
RABIATUL ADAWIYAH BT MOHD ZAIDON

TIMBALAN SETIAUSAHA:
NUR ZULAIKHA BT FOZILAN

BENDAHARI:
SITI NURULAIN BT TAHAM

AJKT BIRO KEUSAHAWANAN :
CHE MOHAMAD NORAZAR BIN CHE MUSTAPHA

AJKT BIRO KEBAJIKAN :
MOHD ALIAS BIN MAT YUSOFF

AJKT BIRO TUGAS-TUGAS KHAS :
NUR FARAH ATIRAH BT KHUZAINI

AJKT BIRO ALUMNI :
UMMI NAZIFAH BT KAMARUDIN

AJKT BIRO TEKNOLOGI MAKLUMAT :
NURUL HAFIS BIN MOHAMED

AJKT BIRO AKADEMIK  :
FLORENCENY ANAK JOHAN

AJKT BIRO PUBLISITI :
WAN MOHAMAD FAIQ IBTISAM BIN WAN ALI

AJKT BIRO SUKAN:
LING TIAN WONG

PENGHULU SEMESTER 6 :
CHE MOHAMAD NORAZHAR BIN CHE MUSTAPHA

PENGHULUWATI SEMESTER 6:
RAHIMAH BT RAMLY

PENGHULU SEMESTER 4 :
SAMSUL RIZAL BIN WAHID

PENGHULUWATI SEMESTER 4:
NOR SAFURA BIN MUHAMMAD

PENGHULU SEMESTER 2 :
MUHAMMAD HAFIZ BIN MOHAMAD

PENGHULU SEMESTER 2:
SITI PATIMAH BT AIFIN


Inilah bakal pemimpin KELAB PBMP sesi ini. Jadi, tunggu aktiviti-aktiviti yang bakal berlangsung sepanjang sesi ini.

21 April 2012

ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA SEMUA WARGA PBMP YANG DISAYANGI...

AHLI JAWATANKUASA KELAB PBMP SESI 2012/2013 TELAH DILANTIK. INSYAALLAH SELEPAS INI BLOG KELAB PBMP INI AKAN BERNAFAS BARU DAN AKAN LEBIH AKTIF DALAM MENYAMPAIKAN BERITA DAN CERITA TERKINI MENGENAI PERKEMBANGAN AKIVITI-AKTIVIT KELAB.

SEKIAN...(^.^)