27 April 2012

Bengkel Deklamasi Puisi sempena Minggu Bahasa Melayu Sekolah Menengah Sultan Alam Shah, Putrajaya.


Bengkel Deklamasi Puisi sempena Minggu Bahasa Melayu
Sekolah Menengah Sultan Alam Shah, Putrajaya.



Pada 22 Mac 2012 (Khamis) yang lalu, pihak Sekolah Menengah Sultan Alam Shah, Putrajaya telah mengadakan Bengkel Deklamasi Puisi sempena Minggu Bahasa Melayu 2012. Oleh hal yang demikian, pihak sekolah tersebut telah menjemput salah seorang ahli Kelab PBMP iaitu Siti Nurulain binti Taham yang merupakan pelajar semester 4 PBMP untuk mengendalikan Bengkel Deklamasi Puisi tersebut. 

Tujuan Bengkel Deklamasi Puisi ini adalah untuk memberi penerangan mengenai seni deklamasi puisi kepada murid-murid sekolah tersebut. Selain itu, bengkel ini juga dapat memperkukuh pemahaman dan penguasaan murid terhadap seni deklamasi puisi. Antara pengisisn bengkel ini ialah pengenalan terhadap seni deklamasi puisi, konsep deklamasi puisi, persediaan untuk deklamasi puisi, aspek-aspek yang dihakimi, teknik deklamasi puisi, tatacara deklamasi puisi serta kesilapan dan kelemahan yang perlu dielakkan semasa deklamasi puisi. Murid sekolah tersebut juga berpeluang untuk deklamasi puisi semasa bengkel tersebut dilaksanakan. Secara tidak langsung, bakat murid dapat diketengahkan serta sifat berani tampil ke hadapan dapat diterapkan dalam diri murid-murid yang terlibat. 

Berikut antara koleksi gambar sepanjang Bengkel Deklamasi Puisi dijalankan :













0 komen:

Post a Comment