09 March 2010

Sejarah PBMP

Sejarah Program Bacelor Pendidikan
( Pengajaran Bahasa Malaysia Sebagai Bahasa Pertama)

Universiti Putra Malaysia (UPM) merupakan universiti pertama yang menawarkan program ijazah pendidikan Bahasa Melayu. Program ini telah ditawarkan di Fakulti Pengajian Pendidikan UPM dengan menamakan program tersebut sebagai Bacelor Pendidikan Pengajaran Bahasa Malaysia Sebagai Bahasa Pertama (PBMP).

PBMP mula ditawarkan oleh UPM mulai sesi pengajian 1981/1982 dengan mengambil pelajar pertama dalam kalangan guru-guru Bahasa Melayu lepasan maktab. Justeru, turut menerima pelajar lepasan STPM dalam mengikuti program tersebut.

Matlamat utama program PBMP ini adalah untuk menghasilkan guru-guru Bahasa Melayu yang terlatih dalam pengajaran Bahasa Malaysia Sebagai Bahasa Pertama serta meningkatkan kualiti Bahasa Malaysia dalam bidang pendidikan di Malaysia.

Program ini adalah untuk memenuhi beberapa masalah antaranya kekurangan guru-guru yang berkelayakan untuk mengajar Bahasa Malaysia, mutu pencapaian Bahasa Malaysia dalam kalangan murid-murid sangat rendah, Maktab Perguruan Bahasa Lembah Pantai tidak memainkan fungsi asalnya melatih guru-guru dalam bidang pengajaran Bahasa Malaysia lagi.

Kewujudan dalam penawaran program ini adalah berdasarkan keupayaan Fakulti Pengajian Pendidikan di UPM kerana sebelum ini UPM telah menawarkan tiga bidang kursus, iaitu Bacelor Pendidikan Sains Pertanian, Bacelor Pendidikan Jasmani, dan Bacelor Teknologi Rumah Tangga. Sebelum ini program sarjana dalam PBMP telahpun ditawarkan, maka program Bacelor Pendidikan Bahasa Malaysia wajar ditawarkan bersama.

Tambahan pula, tenaga pengajar, kelengkapan dan kemudahan prasarana dan kelengkapan bagi mengendalikan program ini menjadi asset utama.

Perintis Bacelor Pendidikan PBMP

Universiti Putra Malaysia (UPM) telah bertapak selama 79 tahun di Malaysia. Bermula Sekolah Pertanian hingga diiktiraf menjadi salah sebuah universiti terunggul kini.

PBMP iaitu Program Bacelor Pendidikan Pengajaran Bahasa Malaysia Sebagai Bahasa Pertama telah melahirkan beberapa graduan yang berketerampilan dan berjaya menjadi seorang insan yang berkebolehan dalam pelbagai aspek juga turut disegani masyarakat pada hari ini.

Ramai dalam kalangan mereka kini telah berjaya bukan sebagai pendidik di sekolah sahaja bahkan ada antara mereka yang telah menjadi pensyarah di Institusi Pengajian Tinggi Awam di Malaysia antaranya UPM,UM, UKM, USM, dan UPSI.

Selain itu, mereka juga turut terlibat dalam bidang lain seperti bidang pentadbiran, politik, keusahawanan, kesusasteraan dan banyak lagi. Justeru, dalam kalangan mereka juga telah memperoleh beberapa anugerah sama ada di peringkat kebangsaan ataupun antarabangsa.

Hal ini menunjukkan bahawa program PBMP yang ditawarkan di UPM merupakan program yang mempunyai kualiti yang memenuhi kualiti keperluan bidang pendidikan khususnya di Malaysia.

Selain itu juga, kandungan kursus yang diikuti sepanjang pengajian dapat membantu mereka sama ada untuk mendidik pelajar dengan cemerlang bahkan dapat melatih mereka menjadi insan yang lebih berkebolehan serta mempunyai nilai yang tinggi dalam diri mereka.

Takwim Tahunan Kelab PBMP



1. MALAM TRADISI SASTERA RAKYAT KE-25

“LEGENDA GUNUNG SANTUBONG”

TARIKH : 20 MAC 2010

TEMPAT : PANGGUNG PERCUBAAN, UPM.

ANJURAN : PELAJAR KURSUS BBK 3305


2. MALAM KENDURI PUISI 2009/2010

TARIKH : 25 MAC 2010

TEMPAT: PANGGUNG PERCUBAAN, UPM

ANJURAN : PELAJAR PBMP SEMESTER KE-2

Pensyarah PBMP UPM





08 March 2010

Malam Apresiasi Persona PBMP 2009/2010






Alhamdulillah. Syukur kepada Allah kerana Majlis Makan Malam PBMP -Melakar Memori Menggamit Sanubari- berjalan dengan jayanya. Kepada kakak-kakak dan abang-abang yang akan menjalani latihan praktikal, semoga berjaya. Terima kasih juga kepada penganjur daripada semester 6 dan tidak lupa kepada sesiapa yang membantu secara langsung atau tidak langsung.