09 March 2010

Perintis Bacelor Pendidikan PBMP

Universiti Putra Malaysia (UPM) telah bertapak selama 79 tahun di Malaysia. Bermula Sekolah Pertanian hingga diiktiraf menjadi salah sebuah universiti terunggul kini.

PBMP iaitu Program Bacelor Pendidikan Pengajaran Bahasa Malaysia Sebagai Bahasa Pertama telah melahirkan beberapa graduan yang berketerampilan dan berjaya menjadi seorang insan yang berkebolehan dalam pelbagai aspek juga turut disegani masyarakat pada hari ini.

Ramai dalam kalangan mereka kini telah berjaya bukan sebagai pendidik di sekolah sahaja bahkan ada antara mereka yang telah menjadi pensyarah di Institusi Pengajian Tinggi Awam di Malaysia antaranya UPM,UM, UKM, USM, dan UPSI.

Selain itu, mereka juga turut terlibat dalam bidang lain seperti bidang pentadbiran, politik, keusahawanan, kesusasteraan dan banyak lagi. Justeru, dalam kalangan mereka juga telah memperoleh beberapa anugerah sama ada di peringkat kebangsaan ataupun antarabangsa.

Hal ini menunjukkan bahawa program PBMP yang ditawarkan di UPM merupakan program yang mempunyai kualiti yang memenuhi kualiti keperluan bidang pendidikan khususnya di Malaysia.

Selain itu juga, kandungan kursus yang diikuti sepanjang pengajian dapat membantu mereka sama ada untuk mendidik pelajar dengan cemerlang bahkan dapat melatih mereka menjadi insan yang lebih berkebolehan serta mempunyai nilai yang tinggi dalam diri mereka.

0 komen:

Post a Comment