Sejarah Program Bacelor Pendidikan
( Pengajaran Bahasa Malaysia Sebagai Bahasa Pertama)
Universiti Putra Malaysia (UPM) merupakan universiti pertama yang menawarkan program ijazah pendidikan Bahasa Melayu. Program ini telah ditawarkan di Fakulti Pengajian Pendidikan UPM dengan menamakan program tersebut sebagai Bacelor Pendidikan Pengajaran Bahasa Malaysia Sebagai Bahasa Pertama (PBMP).
PBMP mula ditawarkan oleh UPM mulai sesi pengajian 1981/1982 dengan mengambil pelajar pertama dalam kalangan guru-guru Bahasa Melayu lepasan maktab. Justeru, turut menerima pelajar lepasan STPM dalam mengikuti program tersebut.
Matlamat utama program PBMP ini adalah untuk menghasilkan guru-guru Bahasa Melayu yang terlatih dalam pengajaran Bahasa Malaysia Sebagai Bahasa Pertama serta meningkatkan kualiti Bahasa Malaysia dalam bidang pendidikan di Malaysia.
Program ini adalah untuk memenuhi beberapa masalah antaranya kekurangan guru-guru yang berkelayakan untuk mengajar Bahasa Malaysia, mutu pencapaian Bahasa Malaysia dalam kalangan murid-murid sangat rendah, Maktab Perguruan Bahasa Lembah Pantai tidak memainkan fungsi asalnya melatih guru-guru dalam bidang pengajaran Bahasa Malaysia lagi.
Kewujudan dalam penawaran program ini adalah berdasarkan keupayaan Fakulti Pengajian Pendidikan di UPM kerana sebelum ini UPM telah menawarkan tiga bidang kursus, iaitu Bacelor Pendidikan Sains Pertanian, Bacelor Pendidikan Jasmani, dan Bacelor Teknologi Rumah Tangga. Sebelum ini program sarjana dalam PBMP telahpun ditawarkan, maka program Bacelor Pendidikan Bahasa Malaysia wajar ditawarkan bersama.
Tambahan pula, tenaga pengajar, kelengkapan dan kemudahan prasarana dan kelengkapan bagi mengendalikan program ini menjadi asset utama.
09 March 2010
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 komen:
Post a Comment